Ciri-ciri Medical Card TAKAFUL Terbaik


Fungsi medikal kad (Medical Card)

Kad medikal membolehkan pemegang kad mendapatkan rawatan di hospital panel swasta tanpa mengeluarkan wang sendiri. Kos rawatan yang tinggi ditanggung pihak insurans atau takaful mengikut ciri manafaat kad medikal syarikat takaful.
Ini mengelakkan pesakit daripada perlu membelanjakan wang simpanan sendiri atau menjual aset (kereta, rumah dsb) untuk membiayai rawatan. Keperluan rawatan amat mendesak apabila pesakit memerlukan diagnosis dan pembedahan secepat mungkin dalam kes-kes penyakit kritikal seperti jantung, barah dan sebagainya. Justeru, memilih kad yang terbaik ciri manafaatnya penting supaya kad medikal anda benar-benar membantu disaat anda memerlukan.

Siapa harus mendapatkan kad medical?
Ada yang berfikir kad medikal ini tidak penting apabila bekerja sebagai seorang

penjawat awam kerajaan kerana boleh mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan. Tetapi tidak semua pembedahan dan rawatan di hospital kerajaan hari ini percuma, malah ada yang mencecah ribuan ringgit. Seringkali kita terbaca kisah pesakit merayu bantuan orang ramai untuk pembiayaan rawatan di media masa. Kadangkala, pesakit mungkin mempunyai simpanan untuk rawatan, namun kerana nisbah pesakit berbanding doktor pakar di hospital kerajaan yang tinggi mengakibatkan pesakit perlu menunggu giliran selama beberapa bulan untuk rawatan atau pembedahan. Jika memiliki kad medikal, pesakit mempunyai opsyen di hospital swasta dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan khidmat doktor pakar kerana bilangan pesakit di hospital swasta tidak seramai di hospital kerajaan.

Namun bagi anda yang bekerja disektor swasta atau syarikat GLC pula yang membekalkan pekerjanya dengan kad medikal keluarga, perlukah anda mengambil kad medikal sendiri lagi? Jawapnya tidak perlu, jika kad medikal syarikat itu melindungi sehingga akhir hayat anda, sekalipun selepas bersara. Jika tidak, perlulah anda fikirkan, bagaimanakah perlindungan kos rawatan anda sekeluarga sesudah anda bersara atau bertukar syarikat suatu hari nanti.

Masa terbaik mendapatkan kad medikal.
Bukankah lebih baik jika memohon kad medikal selepas bersara sahaja kerana sekarang kad medikal syarikat sudah ada? Memang betul anda tak perlukan lebih dari satu kad medikal. Namun, kad medikal ini hanya boleh dipohon ketika kita masih sihat.

*sumber: medicalinsurance.com.my

*sumber: medicalinsurance.com.my

Usahlah mengambil risiko menunggu hari persaraan kerana permohonan kad medikal menjadi mustahil untuk diluluskan sekiranya anda sudah mempunyai penyakit kritikal. Risiko seseorang mengidap penyakit kritikal meningkat dengan usia. Malah adalah lebih murah untuk mengambil polisi takaful, seusia muda berbanding tua.

Ciri-ciri kelebihan pada kad medikal.
Pelbagai jenis kad medikal ada diluar sana dengan berbagai ciri. Di antara  perkara pertama dan penting untuk di ambil kira adalah had perlindungan tahunan dan had perlindungan seumur hidup.

Pastikanlah anda jelas perbezaan antara had tahunan dan had seumur hidup pelan yang bakal anda ambil.  Berhati-hati dengan ejen yang mempromosikan angka besar seperti RM500 ribu atau 1juta  had perlindungan, kerana ejen mungkin tidak menjelaskan sebenarnya ianya adalah had seumur hidup yang boleh ditolak (deductible). Ini bermakna jika had seumur hidup anda adalah RM500ribu dan pada tahun ini anda menggunakan RM50ribu untuk kos hospital, baki yang tinggal sehingga polisi anda tamat sudah berkurangan ke RM450 ribu.

Bagaimanapun had tahunan anda sebenarnya rendah, barangkali mungkin hanyalah sekitar RM80 ribu ~ RM90  ribu sahaja. Ini bererti sekiranya anda telah menggunakan 50 ribu untuk suatu rawatan pada suatu tahun, anda hanya tinggal RM40ribu sahaja sehingga akhir tahun tersebut, walaupun had hayat anda masih ada RM450 ribu.

Bagaimana sekiranya anda memerlukan lebih dari RM100ribu untuk satu-satu tahun mendatang? Dalam situasi begini, apa ertinya kad medikal yang anda miliki sekiranya anda perlu mengeluarkan wang simpanan untuk menampung lebihan kos rawatan. Ini kerana, kadar inflasi kos perubatan di Malaysia semasa meningkat sekitar 12%-15% setahun. Diletakkan dalam perspektif,  kos pintasan jantung yang hari ini sekitar RM40, 000 akan berganda menjadi RM161, 822 sepuluh tahun akan datang. Itu empat kali ganda kos hari ini. Maka had tahunan anda penting agar kad medikal anda kalis inflasi.

Anda boleh mendapatkan sehingga RM1juta setahun dan tanpa had seumur hidup dari AIA Takaful dengan pelan kad medikal A-life Med-i Booster. Ini bermakna anda tidak perlu risau penyusutan had seumur hidup . Malah, pelan perlindungannya hinggalah usia anda 100tahun.

Keduanya, ada pelan takaful yang mengenakan 10% hingga 20% ko-takaful dsb setiap kali anda dimasukkan ke hospital. Maka, jika kos rawatan keseluruhan bernilai RM40 ribu, maka anda perlu membayar RM4 ribu darinya. Anda boleh mengelak dari masalah sebegini dengan plan berko-takaful sifar agar tidak memeningkan kepala, kerana kad medikal terbaik seharusnya melangsaikan 100 peratus kos rawatan anda.

Ketiga, rawatan selepas  penghospitalan (post-hospitalization)yang ditanggung oleh takaful selepas keluar wad juga penting. Ini kerana, kebanyakan rawatan tidak berakhir selepas anda meninggalkan wad. Kebanyakkan kad medikal memberikan antara 30 ke 90hari rawatan pos-penghospitalan. Lebih tinggi jumlah harinya adalah lebih bagus.

Keempat, bandingkan tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang melindungi sehingga usia 65 atau 70 tahun sahaja. Sedangkan, jangkahayat rakyat Malaysia kini adalah sekitar 75 tahun dan mungkin meningkat. Dapatkan tempoh perlindungan setinggi mungkin jika tiada perbezaan pada kadar caruman. Jika ada perlindungan sepanjang hayat anda atau sekurang-kurangnya mengatasi purata jangka hayat, mengapa tidak. Ambillah plan perlindungan maksima agar anda tidak perlu risau di hari tua.

Terakhir, dapatkan kad takaful yang melindungi setiap ahli dalam satu pelan kerana

AiA-Life Link-I adalah produk TAKAFUL terbaik 2015 Anugerah KLIFF

AiA-Life Link-i adalah produk TAKAFUL terbaik 2015 Anugerah KLIFF

ia pasti lebih menjimatkan. Jika suatu pelan takaful individu biasa adalah RM150 , sebuah keluarga 6 orang memerlukan RM900. Sedangkan, pelan kad medikal untuk 6 ahli keluarga di AIA TAKAFUL boleh dimiliki dari serendah RM350 sahaja.

Ini adalah ciri-ciri keutamaan dalam memilih kad medikal takaful. Sekurang-kurangnya kad medikal (stand alone) sebegini sudah menjamin pembiayaan rawatan anda dan keluarga bila perlu, sepanjang hayat. Namun, ada pelan kad medikal yang boleh disatukan dengan pelan takaful hayat. Sila rujuk post kami tentang pelan Investment Link TAKAFUL atau lihat contoh quotation pelan kad medikal beserta hayat disini.

Advertisements

6 thoughts on “Ciri-ciri Medical Card TAKAFUL Terbaik

  1. Pingback: Kempen TAKAFUL untuk Keluarga Anda. – Terma & Syarat | mutual takaful

  2. Pingback: Investment link TAKAFUL | mutual takaful

  3. Pingback: 7 sebab anda tak boleh claim takaful… Insurans / TAKAFUL tipu? | mutual takaful

  4. Pingback: Apa erti perlindungan Takaful yang anda sertai? | AIA Public Takaful Consultancy

  5. Pingback: Tips cara berjimat dalam berTAKAFUL. | MutualTakaful Consultancy

  6. Pingback: Investment link TAKAFUL bukan tempat melabur. | MutualTakaful Consultancy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s